PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Kedah diramalkan mengalami cuaca buruk di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Bagi Perak, daerah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Terengganu pula di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau. Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk di Sarawak dikeluarkan terhadap Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala Sabah di Kudat.
Jelas MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE