fbpx

Lebih 2,000 banduan Penjara Seberang Perai jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Lebih 2,000 banduan di Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal dekat sini akan menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat mulai hari ini selepas tiga banduan dikesan positif Covid-19 di penjara itu semalam.

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, setakat ini kira-kira 200 sampel saringan Covid-19 telah diambil dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Pihak kami telah memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar menjalankan ujian saringan ke atas kesemua banduan sebagai langkah keselamatan awal.

“Ia juga adalah untuk mencegah penularan virus Covid-19 ke atas banduan-banduan lain dan kami boleh mengambil langkah mengasing serta kuarantin mereka yang telah dijangkiti dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat satu kluster baru iaitu Kluster Penjara Jawi selepas tiga banduan di situ dikesan positif Covid-19.

Difahamkan, penjara itu menempatkan lebih 2,000 banduan dan terdapat kira-kira 300 anggota Jabatan Penjara yang bertugas.

Menurut Roslan, ujian saringan Covid-19 ke atas anggota dan kakitangan penjara berkenaan termasuk mereka yang menjadi kontak rapat banduan yang disahkan positif Covid-19 telah selesai dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI