fbpx

Kutipan tol Lebuh Raya DASH bermula 1 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kutipan tol bagi Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan bermula pada 1 Disember pada pukul 12.01 tengah malam.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

“Sehubungan itu, pengguna disaran memastikan baki kad Touch‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuh Raya DASH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuh Raya DASH 13 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November 2022.

Menurut kenyataan itu, kadar tol bagi kereta persendirian adalah RM2.30, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20), manakala bas RM2.30.

Kata kenyataan itu, Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol terutama pada waktu puncak.

Tambah kenyataan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan dan papan tanda arah disediakan bagi memastikan perjalanan yang lancar.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi DASH hotline di talian 1-300-88-5522,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI