PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini memaklumkan poster pemakluman kenaikan tangga gaji Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di laman Facebook ketika ini tidak benar.
Menerusi kenyataan Facebook rasmi JPM memberitahu poster dengan wajah Anwar yang bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumum Dalam Masa Terdekat’ adalah palsu.
“Maklumat seperti poster tersebut adalah palsu.
“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih, tidak pasti jangan kongsi” katanya. – KOSMO! ONLINE