fbpx

Pekebun dakwa terdengar suara malaikat suruh bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang membawa mayat bayi yang ditemui mati dirumahnya di di Kampung Sungai Dua, Bachok kelmarin.

 

Shafien Mamat

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan seorang pekebun yang membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dalam kejadian di Kampung Sungai Dua dekat Bachok semalam terlibat dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan terhadap suspek mendapati, dia bertindak kejam terhadap anaknya selepas mendakwa terdengar panggilan malaikat supaya melumur garam kasar sebelum membunuh bayi itu.

“Suspek dipercayai seperti dirasuk dengan suara halus yang memintanya agar bertindak sedemikian.

“Kita juga sedang mengesan sama ada suspek terlibat dengan ajaran sesat itu secara sendirian atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan, polis akan mengesan rakan-rakannya yang terlibat dalam ajaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Antara, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan dengan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan mayat seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam guni yang ditinggalkan di dalam rak di dapur sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Bachok semalam.

Lebih menyedihkan,kulit di leher mangsa didapati menggelupas dipercayai dilumur dengan garam kasar selain kesan lebam pada seluruh badan.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, hasil bedah siasat terhadap mayat bayi berusia lapan bulan itu padi tadi mendapati terdapat kesan hentakan pada bahagian dahinya.

Katanya, polis percaya mangsa kemungkinan terjatuh sebelum dibunuh, namun polis belum menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

“Ibu mangsa yang berusia 32 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun, wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II

)di sini selain keadaan dirinya masih trauma dengan kejadian yang menimpa anaknya,” katanya.

Tambahnya, polis akan terus menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap pasangan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI