fbpx

Penjawat awam di Kelantan dapat bonus RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar (dua dari kiri) ketika ditemui pemberita selepas Persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Semua penjawat awam di Kelantan bakal menikmati durian runtuh apabila menerima bonus sebanyak RM1,500 yang akan dibayar pada awal Januari depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Tegasnya, pemberian bonus itu bukan satu bentuk gula-gula politik terhadap penjawat awam di Kelantan, sebaliknya ia adalah hadiah kepada mereka.

“Ini bukan gula-gula politik, tetapi sebagai tanda terima kasih atas komitmen yang diberikan kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan.

“Mereka adalah sebahagian daripada pekerja yang banyak memberi komitmen terhadap tugasan dan urus tadbir negeri ini,“katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mohd. Amar berkata, pembayaran bonus tahun ini merupakan jumlah yang paling tinggi pernah dibayar oleh kerajaan negeri Kelantan kepada penjawat awam sejak 32 tahun Pas mentadbir negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI