fbpx

Bayi derita kanser buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAH memangku Norsafiyya Khaira yang menderita kanser buah pinggang ketika ditemui di Foccan, Jitra baru-baru ini.

JITRA – Usianya baru menginjak setahun, namun derita yang terpaksa ditanggung oleh seorang bayi perempuan tidak terperi apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang sejak dilahirkan.

Ibu bayi itu, Salmah Mad Zuki, 29, anaknya, Norsafiyya Khaira Shafiq Farhan nampak lincah tetapi sebenarnya dia menghidap kanser dan perlu melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi setiap bulan.

Katanya, anak keduanya itu turut menderita sakit jantung.

“Dia sangat aktif dan lincah walaupun selepas kemoterapi seperti tak sakit,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Kasih Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) di sini baru-baru ini.

Menurut Salmah, doktor memaklumkan jantung anaknya berlubang sebaik dilahirkan pramatang pada usia lima bulan.

Tambahnya, setakat ini anaknya sudah menjalani 18 sesi kemoterapi, tujuh kali radiografi dan satu pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggang, 12 September lalu.

“Memang semua ujian ini terlalu berat untuk ditanggung tetapi Safiyya sangat kuat,” ujarnya yang turut mempunyai seorang lagi anak berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Salmah reda dengan ketentuan Allah.

“Doktor pernah beritahu Safiyaa hanya mampu hidup sehingga tujuh atau lapan tahun tetapi saya selalu berdoa agar waktunya bersama kami lebih panjang dari itu.

“Selagi ada hayat ini saya akan kuat untuk berjuang bersama Safiyya,” jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa yang mempunyai anak syurga seperti nya perlu kuat dan bersemangat, malah jangan kelihatan lemah.

“Saya selalu percaya ini adalah ujian Allah SWT ke atas kita. Kadangkala akan rasa tertekan tetapi beradalah dalam kelompok mereka yang senasib dengan kita.

“Seperti saya yang bernaung di bawah Foccan dan banyak ibu bapa senasib dengan saya. Kami saling bertukar maklumat dan berkongsi rasa untuk lebih bersemangat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI