fbpx

Syarikat penerbangan beroperasi semula di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Meskipun berhadapan dengan penularan wabak Covid-19, semakin banyak syarikat penerbangan yang beroperasi semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, keyakinan terhadap perjalanan udara meningkat disebabkan kawalan keselamatan Covid-19 yang efektif di lapangan terbang tersebut.

Katanya, pada awal bulan ini, tiga lagi syarikat penerbangan antarabangsa meneruskan semula operasi di KLIA, iaitu British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu ke United Kingdom, Oman Air dua kali seminggu ke Muscat dan Ethiopian Airlines sekali seminggu ke Addis Ababa.

“Lapangan terbang di Malaysia secara umumnya terus mencatatkan peningkatan jumlah penumpang dan pergerakan trafik udara.

“Pada bulan September, pergerakan lalu lintas penumpang meningkat 19 peratus dari Ogos kepada 1.7 juta, manakala pergerakan pesawat meningkat 9.8 peratus kepada 27,010,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukrie berkata, operasi pihaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen terus menyaksikan hampir 2 juta penumpang bulan lalu dengan lima syarikat penerbangan antarabangsa beroperasi di lapangan itu sehingga kini.

“Ini membolehkan Malaysia Airports mencatat sejumlah 3.5 juta pergerakan trafik penumpang pada bulan September.

“Meskipun terdapat penurunan jumlah pergerakan pesawat penumpang, pergerakan pesawat kargo masih bertahan,”ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, data dari Januari hingga Ogos menunjukkan operasi kargo di Malaysia secara purata berada pada kadar 65,000 metrik tan sebulan berbanding sekitar 76,000 metrik tan sebulan pada tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI