fbpx

Lelaki sanggup berhenti kerja demi tonton Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boshop (kiri) tidak mahu terlepas daripada menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar. – NNP

LONDON – Seorang peminat sukan bola sepak di England berhenti kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, lapor laman berita Okezone semalam.

Menurut akhbar The Sun, Casey Boshop, 39, yang merupakan seorang penyokong kuat pasukan England,  membuat keputusan itu kerana enggan terlewat walaupun  seminit untuk menonton pasukannya beraksi. 

“Saya akan berasa amat kecewa jika perlu memasuki pejabat (ketika perlawanan berlangsung). Saya peminat tegar bola sepak dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya jika tidak dapat menonton,” katanya.

Boshop sebelum ini bekerja di Universiti Northumbria, Newcastle.

Dia bagaimanapun sudah mendapat pekerjaan baharu yang akan bermula awal 2023.

Selepas menganggur, dia sering menghabiskan masa di rumah, zon peminat atau pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun Boshop berkata, dia enggan pergi ke Qatar untuk menonton acara sukan itu secara langsung kerana peraturan yang melarang pengambilan arak sepanjang Piala Dunia berlangsung. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI