fbpx

Piala Dunia: Fernandes pacu kemaraan Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) meledak dua gol membantu Portugal menewaskan Uruguay awal pagi semalam. – AFP

LUSAIL – Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu mengesahkan tempat ke pu­singan kalah mati Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi Kumpulan H di Stadium Lusail awal pagi semalam.

Dua gol menerusi bintang Manchester United, Bruno Fernandes sudah cukup untuk memastikan juara Eropah 2016 itu mengikut jejak langkah pasuk seperti Perancis dan Brazil ke pusingan seterusnya.

Santos mengakui berpuas hati dengan kemenangan tersebut, namun beliau percaya masih banyak kelemahan perlu diperbaiki sekiranya mereka mahu melangkah lebih jauh dalam edisi kali ini.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini (semalam) kerana semua pemain memberikan segala-galanya, jadi kami layak untuk mengutip tiga mata. Sekarang kami perlu terus be­kerja keras dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Pemain-pemain berhak untuk meraikan kemenangan ini kerana mereka menunjukkan kualiti yang baik dari segi permainan serta kerjasama sebagai satu pasukan. Inilah elemen-ele­men yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan berpengalaman, Pepe menyatakan rasa teruja apabila diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Danilo Pereira selepas dia mengalami kecede­raan rusuk.

“Saya sangat gembira kerana diberikan peluang beraksi, lebih-lebih lagi saya bermain sangat baik bersama Porto musim ini. Oleh itu, saya harap dapat bermain lebih banyak perlawanan pada Piala Dunia kali ini,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI