fbpx

Melly Goeslaw semakin langsing, cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELLY GOESLAW

BERAT badan Melly Goeslaw menjadi bualan netizen apabila komposer dan penyanyi itu kelihatan susut dalam sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagram.

Penyanyi lagu Bagai Langit itu memberitahu berat badannya hilang 25 kilogram (kg) dalam tempoh empat bulan selepas jalani pembedahan bariatrik.

“Hari ini sangat gembira, tepat empat bulan selepas saya buat pembedahan bariatrik dan kini saya kehilangan 25kg.

“Alhamdulillah gula dalam darahku tetap stabil. Selamat tinggal diet!” tulisnya.

Sebelum ini, Melly pernah meluahkan rasa sedih apabila diet yang diamalkan tidak membuahkan hasil sehingga rakannya Tompi mencadangkan pembedahan bariatrik itu.

Kini, isteri kepada Anto Hoed berasa lebih gembira kerana dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI