fbpx

Warga emas patah kaki, langgar buaya lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossazali ketika menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh hari ini. -Foto IHSAN KELUARGA

BACHOK – Seorang pesara kerajaan patah kaki kanan selepas motosikal ditunggang terlanggar seekor buaya yang sedang melintas jalan di Kampung Kubang Telaga di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Rossazali Abdullah, 61, terbabas ke kawasan lumpur di bahu jalan.

Menurut Rossazali, semasa kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Anda, Pasir Puteh dari Kampung Gunong di sini.

Dakwanya, setibanya di lokasi kejadian, dia tidak sempat menekan brek selepas melihat seekor buaya berukuran lebih dua meter sedang melintas jalan.

“Saya terpaksa melanggar buaya itu kerana tidak sempat membrek secara mengejut. Sebaik sahaja tayar depan melepasi bahagian tengah badan reptilia itu, motosikal saya hilang kawalan sebelum terkena libasan ekornya.

“Insiden itu menyebabkan motosikal dan saya terjunam ke dalam lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rossazali memberitahu, dia dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian petang ini.

Menurutnya, keputusan ujian X-ray mendapati kaki kanannya patah akibat kemalangan itu. Setakat ini, dia belum membuat laporan polis kerana sedang menjalani rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI