PELAWAK Lee Guk-joo membuat penampilan mengejutkan dengan bentuk badan yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
Perkara tersebut disedari peminat menerusi satu muat naik gambar Guk-joo dalam Instagram.
Perubahan bentuk badannya lebih terserlah apabila Guk-joo mengenakan skirt pendek yang menonjolkan kakinya yang panjang.
“Apa yang terjadi kepada awak? Bagaimana awak boleh menurunkan berat badan?
“Guk-joo, saya sayang awak sangat. Awak terlalu cantik dengan berat badan terkini.
“Saya terpukau melihat awak dalam program Jeonchamsi semalam.
“Awak kelihatan sangat kurus berbanding episod sebelum ini,” demikian reaksi peminat dalam Instagram tentang personaliti terbaharunya.