fbpx

Bapa sebak terima ijazah arwah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang bapa mewakili arwah anaknya di majlis konvokesyen.

PETALING JAYA –  Seorang bapa yang mewakili arwah anaknya untuk menerima skrol Ijazah Sarjana Muda di hari konvokesyen undang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok @azxparfum yang juga graduan yang hadir ke majlis konvokesyen tersebut memaparkan seorang bapa yang naik ke atas pentas konvokesyen sambil mengesat air mata untuk menerima skrol ijazah mewakili arwah anaknya.

Demikian video itu telah tular, majoriti besar orang ramai menzahirkan rasa sayu dan sebak apabila melihat bapa kepada arwah berjalan naik ke pentas dengan mengesat air mata duka kehilangan putera kesayangannya.

“Aku lemah betul kalau bab-bab macam ini, saat pakcik lap air mata itu, aku dah berjurai air mata, luluh hati pakcik ini seakan aku faham, sakitnya kehilangan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Automatik akan sebak apabila melibatkan ibu dan ayah, semoga pakcik kekal tabah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Gugur air mata jantan aku, sedihnya membayangkan perasaan pakcik, ijazah yang arwah belajar di dunia, dia bawa pulang ke alam sana, dia sudah tunaikan kewajipannya untuk membanggakan orang tuanya, semoga syurga untukmu adik,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berkongsi pengalaman yang hampir sama menyaksikan ibu bapa yang mewakili anak mereka yang telah meninggal dunia sebelum hari konvokesyen tiba.

“Sama macam mak ayah saya naik pentas konvokesyen untuk wakilkan arwah adik saya, segala perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu,” kongsi pengguna TikTok di ruangan komen.

“Masa saya konvo hari itu, ada ibu yang mewakili arwah anaknya, satu dewan menangis sebab arwah adalah pelajar yang bijak dan sangat peramah, tak sangka dia pergi dengan cepat,” kongsi seorang pengguna lagi.

Video sayu tersebut setakat ini telah meraih sebanyak lebih 300,000 tontonan, 43,400 tanda suka dan dihujani dengan komen ucapan takziah daripada orang ramai – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI