fbpx

Piala Dunia: Portugal ‘lolos’ ke pusingan 16 terbaik, benam Uruguay 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bruno Fernandes menjadi wira Portugal selepas meledak dua gol pada aksi bertemu Uruguay kali ini. - Foto ihsan FIFA

DOHA – Pasukan Portugal menepati ramalan menjadi negara ketika mara ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia 2022 selepas berjaya menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi kedua Kumpulan H sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Lusail itu, skuad Selecao membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan jentera serangan berbisa terdiri daripada Joao Felix, Cristiani Ronaldo dan Bruno Fernandes

Namun, aksi kedua-dua pasukan dilihat agak hambar pada babak pertama dengan peluang Uruguay hanya tiba pada minit ke-32 hasil percubaan daripada Matias Vecino yang berjaya diselematkan penjaga gol Uuruguay, Diego Costa.

Portugal gagal memberikan sebarang ancaman bahaya ke kubu wakil Amerika Selatan itu dengan kedudukan 0-0 berakhir pada 45 minit pertama.

Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian Fernando Santos itu nampak lebih tajam dan hanya memerlukan sembilan minit untuk membuka jaringan hasil ledakan Fernandes yang menyudahkan hantara Raphael Guerreiro.

Tersentak dengan gol tersebut, Uruguay merombak kesebelasan utama dengan memasukkan Luis Suarez, Maxi Gomez dan Facundo Pellistri.

Ketika terdesak memburu gol penyamaan, Portugal dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena pertahanan Uruguay dengan Fernandes diberi amanah untuk menyempurnakan tendangan tersebut seklai gus menjadikan kedudukan 2-0.

Bintang Manchester United itu hampir meledakkan jaringan hatrik sebelum wisel penamat ditiupkan tetapi rembatan yang dilakukan terkena palang dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI