fbpx

Piala Dunia: Cameroon buat ‘kerja gila’, ikat Serbia 3-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Cameroon meraikan kejayaan mengikat Serbia 3-3 sekali gus mengelak daripada tersingkir pada kempen Piala Dunia 2022. - Foto oleh AGENSI

DOHA – Pasukan Cameroon berjaya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat wakil Eropah, Serbia selepas meraih keputusan 3-3 pada aksi Kumpulan H saingan Piala Dunia 2022 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Al Janoub itu, skuad Serbia membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan beberapa pemain bertaraf bintang seperti Sergei Milinkovic-Savic, Dusan Tadic dan Aleksandr Mitrovic.

Namun, pasukan dari benua Afrika itu terlebih dahulu memecah kebuntuan hasil jaringan yang dilakukan pemain pertahanan, Jean-Charles Castelletto pada minit ke-29 menerusi gerakan set-piece.

Tersentak dengan gol tersebut, Serbia memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan pada minit ke-45 juga menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Tadic.

Serbia memastikan dapat menutup aksi babak pertama dengan langkah kanan selepas meledak gol kedua pada masa kecederaan hasil penyudah menarik oleh Milinkovic-Savic.

Bersambung pada babak kedua, skuad The Eagles terus mengganas kali ini meraih gol menerusi gerakan cantik yang berjaya disudahkan oleh Mitrovic pada minit ke-53.

Detik kebangkitan Cameroon bermula apabila kemasukan penyerang berpengalaman, Vincent Aboubakar yang tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-3 pada minit ke-65.

Jaringan tersebut menyuntik semangat Cameroon dan berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil penyudah Eric Choupo-Moting berselang tiga minit kemudian.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI