fbpx

Semua solat ditangguhkan di masjid,surau Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Semua solat termasuk Jumaat dan fardhu lima waktu serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau Selangor ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad dalam kenyataan berkata, penangguhan itu melibatkan sebanyak 425 buah masjid, 278 Surau Kebenaran Solat Jumaat dan 1,747 surau sehingga 27 Oktober depan.

“Tindakan penangguhan bagi mengekang penularan kes Covid-19 yang membimbangkan dari terus menular di kalangan masyarakat di Selangor.

“Keputusan ini juga selari dengan hasrat JAIS dalam memastikan pentadbir masjid dan surau di Selangor dapat memberi kelangsungan keselamatan,kesejahteraan dan perlindungan terhadap anak kariah masing-masing dari menerima sebarang kesan penularan wabak dan penyakit, khususnya Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pentadbir masjid dan surau seluruh negeri perlu memastikan solat Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang penangguhan ini, sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.

Kata Shahzihan, solat fardhu berjemaah lima waktu hanya dilaksanakan dengan had bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang sahaja.

“Azan hendaklah dikumandangkan pada setiap waktu manakala aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha serta aktiviti agama yang lain juga hendaklah ditangguhkan buat sementara,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI