fbpx

Piala Dunia: Dalic gesa Herdman terima kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CROATIA kini mengemudi Kumpulan F dengan mengumpul empat mata selepas menundukkan Kanada 4-1 awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic ‘menegur’ pengendali Kanada, John Herdman agar dapat mempelajari sesuatu selepas pasukan bimbingannya itu tersingkir daripada pentas Piala Dunia Qatar 2022.

Sebelum sepak mula berlangsung, ketegangan antara kedua-dua pasukan bermula terutama kelantangan Herdman yang meng­akui bahawa mereka bersedia untuk memalukan naib juara 2018, Croatia, namun sebaliknya berlaku apabila Kanada tewas 1-4.

Kegagalan tersebut menyebabkan Herdman meninggalkan padang dan menuju ke bilik persalinan lebih awal tanpa berjabat tangan dengan Dalic selepas mengesahkan mereka terpaksa pulang lebih awal dalam aksi Kumpulan F.

“Saya tidak melihat ketua jurulatih selepas perlawanan. Sama ada saya kalah atau menang, saya sentiasa mengucapkan tahniah kepada pihak lawan.

“Dia tiada di sana dan itulah cara dia melakukannya. Apa yang saya lihat dia dalam kea­daan marah. Apapun, saya yakin dia seorang jurulatih yang baik, profesional dan berkualiti tinggi. Tetapi, dia perlu mengambil sedikit masa untuk mempelajari beberapa perkara,” kata Dalic.

Kemenangan Croatia ke atas Kanada di Stadium Khalifa memastikan pasukan ranking ke-12 tersebut berada di tangga teratas peringkat kumpulan dengan empat mata bersama Maghribi selepas pasukan itu menewaskan Belgium 2-0.

Anak buah Dalic akan menentang Belgium dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan Croatia hanya mengharapkan seri untuk memastikan tempat di pusingan 16 terbaik menjadi milik mereka.

“Saya tahu ia akan menjadi tugas yang berat, tetapi ini adalah Piala Dunia, tiada perlawanan yang mudah. Belgium turun de­ngan misi wajib menang dan kami juga meletakkan harapan yang serupa,” tegas Dalic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI