fbpx

Piala Dunia: Generasi emas Belgium berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE mengakui Belgium bukan lagi pencabar kejuaraan selepas mereka gagal mengekalkan rentak apabila tewas menentang Maghribi kelmarin. – AFP

DOHA – Kekalahan 0-2 kepada Maghribi di Stadium Al Thumama kelmarin menyaksikan kap­ten Belgium, Kevin De Bruyne hilang sabar dan terpaksa mengakui skuad kali ini sudah terlalu ‘tua’ untuk mencabar kejuaraan di Piala Dunia.

Walaupun perit untuk menyatakan perkara sebenar, bintang Manchester City itu merasakan era generasi emas Belgium kini sudah pun berakhir dan peluang The Red Devils untuk muncul juara seakan sudah tertutup.

Sekalipun berjaya mema­s­tikan kemenangan 1-0 ke atas Kanada pada perlawanan pertama, Khamis lalu, De Bruyne menyatakan skuad kali ini gagal mencapai standard sebenar untuk bersaing di pentas tertinggi dunia.

“Tidak ada peluang lagi, kami sudah terlalu tua. Saya fikir masa terbaik kami (untuk muncul juara) adalah pada edisi 2018. Ketika ini kami masih memiliki skuad terbaik, namun kini ma­sing-masing sudah berusia.

“Kami hilang beberapa pemain utama. Perkara yang bagus hanyalah dengan kehadiran pemain baharu, tetapi mereka tidak berada pada tahap sama seperti skuad 2018.

“Saya lihat kami sebagai pa­sukan yang tidak berada dalam senarai pencabar,” katanya ketika mengulas peluang Belgium untuk mencabar kejuaraan.

Berdasarkan purata umur, Belgium muncul pasukan keenam paling tua dan separuh daripada kesebelasan utama pada aksi dengan Kanada sebelum ini sudah pun berusia 30 tahun atau lebih.

Pada perlawanan kelmarin, dua pemain gantian, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal muncul wira buat Maghribi, meledak kedua-dua gol The Atlas Lions.

Khamis ini, skuad kendalian Roberto Martinez bakal berdepan aksi hidup mati, menentang Croatia pada aksi ter­akhir Kumpulan F di Stadium Ahmad Bin Ali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI