PADA tahun 2020, kumpulan Blackpink pernah berkolaborasi jarak jauh bersama selebriti Amerika, Selena Gomez dalam sebuah lagu berjudul Ice Cream.
Kolaborasi ikonik tersebut berlaku semasa Covid-19 yang menyebabkan pintu sempadan negara ditutup menyebabkan mereka perlu merakam lagu serta video muzik secara berasingan.
Namun, selepas dua tahun, akhirnya Blackpink dan Selena Gomez bertemu semasa jelajah Born Pink di Amerika Syarikat.
Pertemuan mereka itu sememangnya sangat dinantikan oleh peminat dan berjaya meraih perhatian warganet dengan gambar yang dimuat naik oleh Selena dalam Instagramnya.
Meskipun kejadian tersebut pertama kali kesemua ahli Blackpink bertemu pelantun lagu Same Old Love, Jisoo dan Rose pernah berjumpa Selena di Coach Spring/Summer 2019 Fashion Show yang diadakan di New York.