fbpx

Kenyataan Abdul Hadi berbaur hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Raja Kamarul Bahrin dan Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Kenyataan yang dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan berbaur hasutan serta menghina institusi Raja-Raja Melayu dan wajar disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau melalui satu hantaraan di Facebooknya berkata, penulisan Abdul Hadi secara terbuka kelihatan derhaka apabila menuduh pihak Istana tidak berlaku adil dan seolah-olah membelakangkan undang-undang.

“Seterusnya kenyataan itu mencabar tindakan pihak Istana. Bukankah Islam menuntut kita menghormati dan taat serta tidak derhaka pada Ulil Amri sebagai ketua negara?

“Pihak berkuasa digesa segera menyiasat kenyataan Abdul Hadi mengikut Akta Hasutan kerana menghina institusi Raja-Raja Melayu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, beliau percaya sindiran Abdul Hadi yang turut dikecam ramai itu merujuk kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja Raja Melayu baru-baru ini.

“Jika beliau tidak berpuas hati beliau sepatutnya boleh mengambil tindakan undang undang melalui mahkamah dan bukan menghina kuasa dan tindakan Istana secara terbuka.

“Bukankah pemimpin Melayu kerajaan bersultan sepatutnya berlaku tertib beradab serta bersopan apabila menerima cadangan Rajanya untuk kebajikan rakyat?,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu hantaran Abdul Hadi di media sosial mendapat perhatian ramai apabila dikatakan seolah-olah menyindir keputusan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI