fbpx

Lelaki maut puasa kerana Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJU mendirikan patung Trump di kediamannya dan menggelarkan rumahnya Kuil Trump. – Times Of India

HYDERABAD, India – Seorang lelaki meninggal dunia selepas berpuasa selama empat hari bagi mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump segera sembuh daripada jangkitan koronavirus.

Akhbar Times of India melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Bussa Krishna Raju dan berumur 38 tahun itu sangat mengagumi Trump.

Dia berpuasa di rumahnya di Kampung Toopra dalam negeri Telangana, selatan India, selepas mendapat tahu Presiden AS tersebut disahkan menghidap Covid-19 pada 1 Ogos lalu.

Keluarga mendiang berkata, Raju sangat terganggu mende­ngar berita itu, bahkan dia tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkannya.

“Raju berdoa, berlapar dan berpuasa selama empat hari dengan harapan Trump akan kembali sembuh daripada jangkitan Covid-19.

“Bagaimanapun, dia rebah ketika minum petang di rumah seorang saudara-maranya pada Ahad lepas.

Dia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas tiba di hospital,” kata wakil ke­luarga mendiang.

Pada awal tahun ini, Raju pernah mencuri tumpuan media negara itu apabila dia membina patung Trump setinggi 2 meter di kediamannya dan menggelar rumahnya sebagai Kuil Trump.

Mendiang memuja Trump sejak lebih empat tahun lalu selepas mendakwa bahawa Pre­siden AS itu pernah muncul dalam mimpinya.

Dia adalah salah seorang daripada sekumpulan besar rakyat India yang memuja Trump.

Mereka memujanya kerana pendirian Trump terhadap masyarakat Islam dan hubu­ngan baik Presiden AS itu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI