fbpx

Bola sepak rasmi Piala Dunia lambang kebanggaan Daerah Madiun, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dawami bersama bola sepak rasmi Piala Dunia yang bernama Al Rihla dan dihasilkan di Madiun, Jawa Timur. - Ahmad Dawami

MEDAN – Ketua Daerah Madiun, Ahmad Dawami menyatakan bola sepak rasmi yang digunakan pada pusingan akhir Piala Dunia di Qatar adalah sumber kebanggaan bagi rantau Madiun, Indonesia sekali gus memberikan rangsangan kepada ekonomi tempatan sejak 2020, lapor Al Jazeera pada Isnin.

Menurut portal berita itu, Al Rihla iaitu bola sepak rasmi untuk kejohanan itu dihasilkan di Kabupaten Madiun, wilayah Jawa Timur oleh syarikat PT Global May dengan kerjasama pengeluar barangan sukan, Adidas.

Pengilang barangan sukan tempatan itu membuka kilangnya pada tahun 2019 dan menggaji lebih 2,000 pekerja, demikian  menurut laman web syarikat tersebut.

“Apabila kami mengadakan pelancaran kilang pada tahun 2020, kami mempunyai rasa bangga yang luar biasa,” kata Ahmad kepada Al Jazeera.

Al Rihla yang bermaksud perjalanan dalam bahasa Arab, dibuat di kilang tersebut di Madium dengan kerjasama Adidas.

Syarikat PT Global Way juga bekerjasama dengan PUMA, UHLsport dan Mizuno untuk menghasilkan peralatan sukan yang dieksport ke seluruh dunia.

Ahmad berkata bahawa satu juta bola sepak cenderahati telah dibuat di kilang itu dan akan dihantar ke Brazil, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu sebagai sebahagian daripada sambutan Piala Dunia.

Beliau berkata,  kilang dan tempahan untuk berjuta-juta bola sepak telah menyediakan pekerjaan kepada beribu-ribu pemuda di Madiun dan ketika ekonomi tidak menentu di tengah-tengah cabaran seperti  Covid-19 dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI