fbpx

Kemahiran tahap ‘dewa’, pemandu lori dipuji elak nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah lori muatan besar nyaris bertembung dengan sebuah kenderaan.

PETALING JAYA – Kemahiran seorang lelaki mengendalikan lori yang hampir terbabas hingga mengelak daripada kemalangan besar mengundang pujian netizen.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 30 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @special_division_7, memperlihatkan sebuah lori nyaris bertembung dengan sebuah kenderaan, namun sempat mengelak sekali gus berjaya menyelamatkan keadaan.

“Allahuakhbar. Seriau melihatnya namun syukur alhamdulillah kerana kedua-duanya terselamat. Mohon berhati-hati kepada semua pemandu,” kata seorang pengguna laman sosial tersebut menerusi ruangan komen.

“Kemahiran tahap dewa sungguh pemandu lori itu. Walaubagaimanapun, sentiasalah berhati-hati sewaktu berada di jalan raya dan sentiasa ingat akan keselamatan pemandu yang lain juga,” pesan seorang lagi warga TikTok.

Selain itu, seorang pengguna, @syafiqsyakeel3 mendakwa, jalan raya yang mendadak sesak telah menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak berkesempatan untuk berhenti sekali gus memuji pemandu berkenaan kerana berjaya mengelak daripada kemalangan.

“Saya berasa hormat kepada pemandu lori tersebut. Dia tahu bagaimana cara untuk mengawal lorinya dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Mungkin tindakan itu kelihatan berbahaya, tetapi sebenarnya ia merupakan langkah yang bijak,” tulis seorang netizen di media sosial itu.

“Tahniah pemandu lori. Apabila tidak memiliki kesempatan untuk berhenti, anda berjaya memikirkan cara lain demi memastikan semuanya selamat,” kata seorang pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang sempat berkongsi perasaannya sewaktu berhadapan situasi yang sama.

“Saya juga pernah mengalami situasi seumpama ini. Ibaratnya darah kering dan jantung berhenti berdegup buat seketika. Saya berasa agak fobia untuk meneruskan perjalanan,” ujar seorang pengguna, @anizadabdullah76.

Hantaran video tersebut berjaya meraih sebanyak 125,800 jumlah tontonan dan 3,106 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI