fbpx

MOF nafi poster pemberian bantuan kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara poster bantuan yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menafikan satu informasi tular di laman sosial berhubung dengan empat bantuan kerajaan.

Kementerian itu dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan, informasi palsu itu termasuk pemberian bantuan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

“Selain itu, bantuan RM900 untuk satu keluarga yang kononnya akan dimasukkan ke akaun penerima Disember ini.

“Informasi tular itu juga melibatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Program Bantuan Makanan MyKasih RM100 selama tiga bulan,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kementerian itu daripada sumber rasmi sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI