fbpx

Dua lelaki ditahan terlibat judi Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri.

IPOH – Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan judi bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 20-an dan 50 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Soga IX di Hilir Perak dan Ipoh.

Katanya, selain peranti dan peralatan catit taruh, turut dirampas wang tunai berjumlah RM500.

“Aktiviti pertaruhan Op Soga di Kontinjen Perak dikesan menggunakan satu aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.

“Suspek hanya perlu ‘top up’ aplikasi berkenaan dengan membeli top up atau secara terus di premis yang menyediakan top up tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti perjudian itu secara menyeluruh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana terlibat dalam perjudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI