fbpx

Angin kencang landa utara esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga 4 Disember depan.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka tertumpu di Sabah serta kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung bermula esok sehingga 4 Disember depan.

Katanya, keadaan ini seterusnya menyebabkan peningkatkan lembapan sekali gus berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

“Susulan itu, MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada sekiranya perlu.

“Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih dijangka berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung serta kawasan pedalaman negeri Sarawak pada sebelah petang dan awal malam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Rentetan itu, orang awam adalah disarankan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI