fbpx

Mata mahu terus setia di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATA nekad menolak tawaran lumayan daripada sebuah kelab dari Arab Saudi untuk kekal bersama United. – AFP

MANCHETSER – Pemain tengah Manchester United, Juan Mata dilaporkan menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab yang berpangkalan di Arab Saudi untuk terus kekal di Old Trafford.

Mata gagal mencuri perhatian pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer musim lalu apabila hanya beraksi separuh daripada perlawanan dan masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan itu pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mata yang hanya beraksi dalam dua perlawanan Piala Liga Inggeris dibida dengan nilai £11.5 juta (RM62.36 juta) oleh kelab dari Arab Saudi berkenaan yang tidak didedahkan namanya.

Biarpun menerima tawaran gaji £18 juta (RM97.61) untuk bersama pasukan itu tetapi Mata dilaporkan menolaknya.

Laporan menyebut, Mata ya­kin bahawa United mampu untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga musim ini serta meraih beberapa gelaran biarpun mereka memulakan musim dengan agak mengecewakan.

Kemasukan beberapa pemain baharu di bahagian tengah se­perti Bruno Fernandes dan Donny Van De Beek menyebabkan Mata tidak lagi menjadi pilihan utama, namun Solskjaer mengakui khidmatnya masih lagi diperlukan.

“Aksinya yang mantap serta pengalaman yang dimiliki adalah sangat penting untuk United yang rata-rata dipenuhi pemain muda.

“Dia sangat bernilai untuk kami terutama tahap profesio­nalisme yang dimiliki. Saya sentiasa berdepan kesukaran berdepan dengan Mata untuk menyatakan bahawa dia tidak berada dalam senarai kesebelasan utama,” ­kata Solskjaer.

Mata tiba di Old Trafford pada 2014 ketika David Moyes mengemudi United dan sudah membuat 257 penampilan selain meledak 50 gol setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI