fbpx

Shila Amzah ‘basah’ main air atas pentas GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH melahirkan konsep persembahan luar kebiasaan pada aksi final GV9 namun kurang mendapat pujian daripada pihak juri.

SHAH ALAM – Penyanyi Shila Amzah tampil berani dengan aksi memukau apabila membuat persembahan dalam takungan air buatan di atas pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Tampil menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian asal Agnes Monica, shila, 32, membuatkan pentas basah apabila menari atas takungan air sehingga terpercik.

Tanpa mempedulikan busana yang dipakainya basah, Shila terus menangkap tumpuan penonton dengan mempamerkan aksi persembahan bertenaga menerusi lagu kedua berjudul Secret Love Song.

Walaupun menampilkan persembahan unik dan bertenaga, rata-rata netizen dalam Twitter beranggapan bahawa penyanyi itu tersalah membuat percaturan sehingga mengganggu tumpuannya ketika menyanyi.

“Persembahan Shila hancur,” kata seorang netizen.

“Sayangnya rasa tak stabil persembahan Shila,” ujar seorang lagi pengguna Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI