fbpx

Remaja 16 tahun dicekup curi tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV seorang remaja sedang mengira wang yang dicurinya dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi, Pontian, Ahad lalu.

PONTIAN – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tangan juga.

Begitulah nasib seorang remaja berusia 16 tahun ditahan kerana kes mencuri wang dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik dalam sebuah akaun Twitter pada pukul 9.46,
Ahad lalu.

“Video berkenaan memaparkan seorang lelaki membuka tabung masjid dan mengira semua warga berkenaan di dalam masjid tanpa menyedari perbuatannya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

“Hasil siasatan pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 20 November lalu pada pukul 10.58 pagi di masjid berkenaan.

“Susulan itu pada 23 November pihak pengurusan masjid membuat laporan di Balai Polis Air Baloi,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat pada pukul 3 petang, 23 November lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menahan remaja berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga denda,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI