fbpx

Transformasi Transocean era baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sokongan padu kakitangan membantu meningkatkan daya saing Kumpulan

Industri logistik memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara yang mana sokongan daripada perkhidmatan membawa muatan bukan sahaja kargo, barangan eksport dan import di dalam negara dan juga ke negara jiran telah menyokong ekosistem perniagaan yang terbabit.

Banyak pemain muncul dalam industri ini dan antara yang masih bertahan, kekal utuh sejak ia mula beroperasi pada tahun 1970-an ialah Kumpulan Syarikat Transocean (Transocean) yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Jika sebelum ini, badai telah melanda hingga menyebabkan ‘kapal’ utamanya agak terjejas dan memberi impak kepada keputusan kewangan syarikat, namun kehadiran Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Ibrahim yang telah berjaya menstrukturkan pelan pemulihan operasi dan kewangan kumpulan terutamanya dalam industri logistik serta perniagaan berasaskan tayar kenderaan berat sebelum ini telah memberi nafas baharu kepada entiti yang disenaraikan di Bursa Malaysia itu.

Transocean kini dalam fasa pemulihan dan berada dalam landasan yang kukuh untuk memecut menongkah cabaran sehingga mampu mencatat prestasi kewangan Kumpulan dengan baik.

Ini adalah hasil usaha daripada idea, inisiatif dan tindakan bernas pihak pengurusan serta kakitangannya yang diketuai oleh Ismail yang berpengalaman dalam bidang logistik lebih daripada 25 tahun bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara dengan keyakinan daripada pemegang taruh Kumpulan.

“Kami akan mengukuhkan lagi perniagaan teras dan juga terus mencari peluang-peluang baharu untuk meningkatkan lagi daya saing Kumpulan bagi membolehkan perkhidmatan terus diyakini oleh pelanggan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara,” katanya kepada Kosmo! ketika di temui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan per­kembangan terbaharu mengenai Transocean?
ISMAIL: Kami ada beberapa segmen perniagaan iaitu pe­ngangkutan lori dan kontena, menawarkan khidmat ejen kastam, depoh kontena, pengangkutan rentas sempadan, perguda­ngan dan perniagaan tayar untuk kenderaan berat.

Kumpulan juga telah melabur dalam teknologi maklumat yang mana kami memiliki peratusan kepentingan yang agak signifikan dalam sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan awan (Cloud Services). Syarikat tersebut memiliki rekod pengalaman yang baik dan ia mendapat sokongan daripada syarikat multinasional dalam bidang perkhidmatan awan.

Perkhidmatan ini adalah per­kara yang penting dalam era semasa dan ia sangat berpotensi kerana peralihan teknologi. sebagai contoh, kini sudah banyak syarikat tidak memakai pangkalan pelayan.

Dengan kelebihan yang ada, kami juga bercadang untuk membangunkan sistem program untuk perkhidmatan logistik dan tidak perlu lagi mendapatkan khidmat penyumberan daripada syarikat lain, malah kami juga mungkin boleh memasarkan kemudahan tersebut kepada pasaran logistik selepas ini.

Selain itu, baru-baru ini juga kami telah membuka sebuah gudang yang berkeluasan agak besar di Kulim untuk penyimpanan barangan automotif, membuka cawangan baharu di Pasir Gudang, Johor dan di Bukit Kayu Hitam, Kedah serta mengembangkan operasi semasa di Lembah Klang dan Nusajaya, Johor.

Pihak Pengurusan Kumpulan juga telah mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi unit perniagaan ejen freighting untuk kargo-kargo yang menggunakan laluan laut dan udara.

Berapa banyak lori yang dimiliki Kumpulan sekarang?
Pada masa sekarang, kami memiliki lebih daripada 40 buah lori dan akan menambah empat buah lori lagi pada tahun ini termasuk treler.

Kenderaan berjenama antarabangsa itu dibeli daripada pasaran tempatan. Kami me­rancang untuk menambah jumlah lori pada setiap tahun. Ia adalah untuk memenuhi permintaan import dan eksport iaitu ke Singapura, Thailand, ­Vietnam dan Laos melalui perjalanan darat.

Apa perbezaan antara logistik darat dan laut, yang mana satu pilihan pelanggan?
Untuk pelanggan yang lebih suka memilih logistik darat, faktor utama adalah disebabkan tempoh transitnya lebih singkat dan penghantarannya adalah cekap iaitu dari pintu gudang ke pintu kilang pelanggan atau sebaliknya.

Sekiranya pelanggan lebih suka menunggu lama dan membayar kos yang rendah, mereka akan memilih logistik laut, manakala pelanggan yang sanggup membayar kos lebih sedikit dengan tempoh masa yang cepat, maka mereka akan menggunakan khidmat logistik darat.

Selalunya, logistik darat digunakan untuk membawa barangan elektronik dan yang sensitif. Kami kini memiliki 30 buah lori untuk kemudahan pengangkutan darat dan rentas sempadan.

Lori kami akan terus menghantar barangan ke Singapura, manakala untuk tempahan yang melibatkan perjalanan ke atau dari Thailand, Vietnam dan Laos, kargo akan dihantar hingga ke sempadan seterusnya akan diuruskan oleh rakan strategik di negara-negara berkenaan.

Apakah kelebihan perkhidmatan Transocean?
Perkhidmatan Consolidation Cargo (CC) meletakkan Kumpulan berada dalam antara senarai teratas dalam industri. Perkhidmatan CC ini membolehkan kami mengumpulkan pelbagai muatan bukan hanya satu pelanggan tetapi beberapa pelanggan yang mana masing-masing memiliki barangan berbeza dengan satu destinasi perjalanan yang sama.

Sebagai contoh ke Singapura, kami akan mengumpulkan muatan barangan daripada syarikat A, B dan C dalam satu lori dan tempoh penghantaran dilaksa­nakan dalam masa singkat.

Hari ini mereka memuatkan barangan, maka esok barangan tersebut telah selamat sampai ke destinasi yang ditempah. Kebanyakannya terdiri daripada barangan elektronik.

Kami telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan kerana sudah lama beroperasi dalam bidang tersebut iaitu lebih daripada 15 tahun. Pengalaman tersebut juga telah me­ningkat keyakinan pelanggan sedia ada dan juga pasaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI