fbpx

Hampir pengsan dicekik, Reen Rahim maafkan Fezrul Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN agak sakit, Reen Rahim ambil pendekatan memaafkan aksi Fezrul yang dirasakan terlalu kuat mencekik lehernya dalam satu babak lakonan.

PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim enggan lagi memperbesar-besarkan isu dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Syaitan apabila sudah pun memaafkan pelakon lelaki itu.

Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini berkata, peristiwa yang berlaku itu sudah dianggap selesai walaupun mengakui sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap kejadian tersebut sebagai daripada proses penggambaran.

“Saya sangat profesional. Apa yang berlaku (dicekik) sebenarnya perkara kecil sahaja. Selepas habis sahaja insiden itu, tak sampai 10 minit saya kembali okey.

“Saya ada mesej dia secara peribadi dan tunjuk video sebagai bukti bahawa saya benar-benar sakit. Saya bukannya mahu bersikap kurang ajar. Namun dia tidak mengaku salah dan mengatakan bahawa perkara itu tidak benar-benar berlaku,” katanya.

Reen dalam pada itu turut mengakui salah sendiri apabila secara tidak sengaja telah meninggikan suaranya kepada Fezrul selepas selesai menjalani babak dicekik itu.

“Memang saya hampir pengsan ketika dicekik. Selesai sahaja babak itu, saya terus menjerit kepadanya dan terkeluarlah perangai ‘rumah’ macam bergaduh dengan adik beradik.

“Selepas saya bertenang dan mahu kembali ke set penggambaran, saya ingin meminta maaf, tetapi pada ketika itu saya lihat dia tengah marah,” jelasnya.

Ketika disoal tentang kerjasamanya dengan Fezrul pada masa akan datang, Reen cuba bersikap profesional dan tidak mempunyai masalah untuk sama-sama berlakon dengannya.

“Saya okey dan dah maafkan tentang perkara itu. Tengok muka dia pun saya boleh. Saya boleh lupakan insiden itu.

“Tapi, kalau dia sudah tidak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya buat? Kalau nak mempromosikan filem itu bersama-sama pun saya sememangnya tak ada masalah,” katanya ketika ditemui ketika majlis pratonton filem Daddyku Gangster baru-baru ini.

Terdahulu, Reen meluahkan rasa kesal kerana mendakwa dicekik oleh Fezrul ketika menjalani penggambaran filem Batu Syaitan.  Disebabkan insiden berkenaan, Reen secara tidak sengaja telah meninggikan suara ssehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Kekecohan mula disedari umum apabila Fezrul dilihat memuat naim status berbaur sindiran dan kisah dari set penggambaran tersebut mula diperkatakan netizen sehingga mendapat reaksi pelakon Iqram Dinzly yang sebelum  ini pernah terjebak situasi serupa bersama Mona Allen tetapi sekadar gimik. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI