fbpx

Kelantan isytihar esok cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi seluruh negeri ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Tuan Zainal Tuan Yusuf berkata, cuti umum tersebut selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju mengisytihar esok sebagai cuti umum,” katanya menerusi satu surat pekeliling yang diedarkan hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan hari cuti umum pada Isnin ini susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu.

Beliau pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI