fbpx

Gempa bumi sederhana di Laut Banda, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 6.39 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.1 skala Richter.

“Kejadian gempa itu berlaku di 6.0 darjah Utara dan 130.8 darjah Timur.

“Pusat gempa bumi itu terletak di 387 kilometer (km) Tenggara dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 137 km,” katanya di sini tadi.

Bagaimanapun, susulan kejadian gempa bumi itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI