fbpx

Polis Thai berkas 14 penggodam laman web kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Thailand menyerbu rumah pejabat yang menjadi lokasi kegiatan penggodaman tersebut di Bangkok. - Thaiger

BANGKOK – Polis Diraja Thailand (RTP) menahan 14 individu kerana menggodam 115 laman web kerajaan dan menerbitkan iklan-iklan judi dalam talian, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) RTP pada bulan lepas mendapati bahawa berpuluh-puluh laman web kerajaan telah diganggu oleh iklan laman judi haram. 

Lebih 50 portal judi haram dikesan di 115 laman web kerajaan. Kebanyakan iklan itu mengajak pengguna untuk berjudi dalam slot baccarat (judi kad), pertaruhan bola sepak dan loteri haram.

Polis telah menyerbu pejabat yang menjadi lokasi kegiatan penggodaman itu yang terletak di Jalan Bang Khun Thian-Chai Thalee di Bangkok. Suspek mengaku mengakses laman web kerajaan secara haram untuk menyiarkan iklan perjudian.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas 12 komputer dan 10 telefon bimbit yang digunakan oleh penggodam-penggodam untuk mencipta iklan dan mendapatkan akses haram ke laman web kerajaan.

TCSD melaporkan bahawa laman web kerajaan menjadi sasaran kerana ia dipercayai oleh ramai pengguna di enjin-enjin carian terutamanya Google. Justeru, sasaran pelanggan akan mudah dicapai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Di bawah Akta Perjudian, tindakan mempromosikan perkhidmatan perjudian atau mengajak sesiapa sahaja untuk menyertai judi akan membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun, denda 20,000 baht (RM2,510) atau kedua-duanya sekali. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI