fbpx

Jalan sesak ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik sesak di persimpangan Awan Besar dan Awan Kecil.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dilaporkan perlahan dan sesak berikutan orang ramai mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC hari ini .

Lebuhraya KESAS menerusi Twitternya memaklumkan trafik perlahan dan sesak dibeberapa kawasan melibatkan Kota Kemuning ke Seafield, Puchong Jaya Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Seafield dan plaza Tol Awan Besar Timur ke Persimpangan Puspakom.

“Persimpangan Awan Besar dan Awam Kecil susur Ramp aliran trafik sesak. Pihak PDRM ada dilokasi buat kawalan,” katanya hari ini.

Dijangkakan seramai 80,000 penyokong membanjiri SNBJ pada aksi final edisi ke-96 kali ini melibatkan JDT dan Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI