fbpx

Koleksi peribadi ‘Pak Long’ jadi tumpuan warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika sidang akhbar secara langsung dari kediamannya yang ditayangkan secara Facebook Live di akaun Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mencuri tumpuan warganet apabila ada yang berminat pada ‘benda’ lain di samping mengikuti perkembangan semasa Covid-19.

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi memaklumkan, beliau mendapati ada warganet yang berminat dengan pelbagai koleksi peribadinya yang kebetulan berada di belakang ketika sesi sidang akhbar tadi.

Dengan membahasakan diri sebagai Pak Long, Ismail Sabri berkata, baju yang dipakainya juga turut menarik perhatian netizen sehingga ada yang mahu membuat bidaan.

“Pak Long terbaca juga komen-komen kalian selepas sidang akhbar perkembangan Covid-19 tadi.

“Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya. Apa-apa pun terima kasih dan #staysafe semua,” katanya.

Bermula 7 Oktober lalu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengadakan sidang akhbar secara langsung dari kediamannya kerana terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 6 Oktober.

Pada hantaran sama, Ismail turut berpesan kepada rakyat yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah diumumkan.

“Jangan lupa kerap cuci tangan, pakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial. Kita terus lawan dan bangkit kembali menentang penularan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI