fbpx

Kanye West mahu bertanding jawatan Presiden AS sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEST menukar namanya kepada Ye untuk bertanding merebut jawatan presiden pada 2024. - AFP

WASHINGTON – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Kanye West berhasrat untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya tahun 2024 walaupun berdepan beberapa skandal berhubung kelakuannya baru-baru ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam. 

West telah menukar namanya kepada Ye sebelum menyiarkan video memaparkan logo kempennya di media sosial dengan kepsyen, Ye 24. Dia juga mendakwa telah meminta bekas presiden AS, Donald Trump untuk menjadi rakan seperjuangannya semasa bertanding.

West sebelum ini pernah mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden pada 2020, tetapi kempen itu gagal kerana hanya berjaya meraih 70,000 undian.

Video memaparkan kenyataan itu dikeluarkan selepas West dilihat berada di kelab golf milik Trump, Mar-A-Logo awal minggu ini, sambil ditemani seorang nasionalis kulit putih terkemuka, Nick Fuentes.

West berkata, permintaannya untuk bertanding menyebabkan Trump melancarkan kempen pemilihannya semula. Pelancaran kempen West dijalankan ketika penyanyi rap itu menghadapi beberapa kontroversi yang memburukkan imejnya.

Dia dikritik selepas menghadiri Minggu Fesyen Paris dengan berpakaian kemeja-T yang memaparkan slogan ‘White Lives Matter’, frasa diterima pakai oleh golongan kulit putih, yang mula diguna pada 2015 sebagai tindak balas kepada gerakan Black Lives Matter.

West kemudian mendakwa pengkritiknya telah dibayar oleh komplot rahsia orang Yahudi, menyebabkan dia digelar anti-Semitisme.

Awal minggu ini, majalah Rolling Stone melaporkan bahawa West telah menggunakan ‘permainan lucah, buli dan minda’ untuk mewujudkan ‘persekitaran toksik’ dalam kalangan pekerja Adidas yang bekerja untuk kasut jenama Yeezy miliknya.

Syarikat itu telah melancarkan siasatan bebas terhadap tuntutan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI