fbpx

Piala Dunia: Martinez belum sedia turunkan Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kiri) mungkin akan berada di bangku simpanan terlebih dahulu pada aksi menentang Maghribi. - AFP

DOHA – Belgium mendapat perkhabaran yang agak menggembirakan selepas penggempur utama mereka, Romelu Lukaku dilaporkan sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas pulih daripada masalah kecederaan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih mereka, Roberto Martinez tidak mahu mengambil risiko besar dengan meletakkan pemain itu dalam senarai kesebelasan utama pasukan itu ketika mereka bakal turun menentang Maghribi malam ini.

Musim ini menyaksikan Lukaku hanya membuat lima penampilan sahaja bersama Inter Milan, ekoran kecederaan yang dialami termasuk tidak berada dalam senarai pemain ketika Belgium berdepan kesulitan sebelum menewaskan Kanada 1-0 pada aksi pertama Rabu lalu.

Situasi Lukaku itu menyebabkan Martinez lebih gemar meletakkannya di bangku simpanan kerana tidak mahu mengambil risiko menurun­kannya yang boleh menyebabkan kecederaan berulang selain tahap kecergasannya yang masih diragui.

“Hari ini (semalam), dia sudah mula menjalani latihan penuh bersama pasukan dan kami sedang memantau tahap kecergasan dan bagaimana badannya memberikan ­respons.

“Saya tidak fikir dia bersedia untuk turun beraksi sepenuh masa menentang Maghribi. Namun, kami akan membuat keputusan mengenainya dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, saya melihat dia melakukan dengan baik sepanjang sesi latihan,” jelas­nya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Belgium tidak pernah tewas dalam empat pertemuan menentang pasukan dari Afrika termasuk menewaskan berjaya Tunisia 5-2 pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kemenangan itu juga akan menyaksikan Belgium menjadi pasukan pertama dalam sejarah Piala Dunia mencatat sembilan kemenangan berturut-turut untuk aksi peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI