fbpx

Piala Dunia: Impian Belanda layak awal tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CODY Gakpo meletakkan Belanda di depan seawal minit keenam, namun mereka gagal mempertahanan kelebihan selepas Ecuador meraih gol penyamaan. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Belanda, Louis Van Gaal mahu barisan pemain bangkit mencari ‘aura’ sebenar andai mahu menjuarai trofi Piala Dunia kali ini selepas terikat 1-1 pada aksi kedua pe­ringkat Kumpulan A bertemu Ecua­dor awal pagi semalam.

Keputusan tersebut me­nyaksikan skuad The Oranje terlepas peluang untuk menjadi negara pertama layak ke peringkat kalah mati selepas Ecuador ­mempamerkan aksi sengit sepanjang 90 minit perlawanan.

Van Gaal berkata, barisan pemain perlu segera mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan terakhir bertemu Qatar nanti, dalam usaha menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara.

“Jika kami mahu bermimpi untuk menjadi juara dunia, prestasi seperti ini tidak boleh berulang kerana banyak kelemahan ketara yang boleh saya lihat, terutama ketika selepas kita berjaya menjaringkan gol.

“Pasukan dilihat beraksi sambil lewa dengan membiarkan Ecuador mudah mendominasi perlawanan, sekali gus meraih gol penyamaan yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Jika bertemu Ecuador pun kita sudah bergelut, bagaimana untuk kita bersaing dengan negara yang lebih berkualiti pada pusingan seterusnya nanti.

“Justeru, saya harap setiap kelemahan yang ada pada kali ini dapat diperbaiki khususnya dari sudut penguasaan bola dan pa­sukan perlu berikan seratus pe­ratus pada aksi terakhir bertemu Qatar nanti,” katanya.

Belanda masih kekal menjadi negara paling ‘malang’ dalam sejarah Piala Dunia selepas tewas pada tiga final berturut-turut pada edisi 1974, 1978 dan 2010.

Van Gaal sebelum ini berjaya membantu The Oranje menduduki tangga ketiga pada edisi 2014 di Brazil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI