fbpx

Ahmad Zahid, Asyraf Wajdi ucap takziah kepada keluarga Sidek Baba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Asyraf Wajdi bersama Allahyarham Sidek Baba.

PETALING JAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ucap salam takziah kepada ahli keluarga atas pemergian mantan Timbalan Reaktor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Datuk Dr. Sidek Baba yang meninggal dunia semalam.

Ucapan itu dizahirkan melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi di atas pemergian tokoh pendidikan tersebut.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mantan Timbalan Reaktor UIAM Prof Madya Datuk Dr. Sidek Baba yang telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam. Semoga segala jasanya dalam menabur bakti kepada ummah akan menjadi kebaikan berterusan di akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian tokoh berkenaan dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa yang membentuk beliau menjadi seorang insan yang berjaya.

“Sepanjang malam hingga pagi ini saya amat sedih dan berduka dengan pemergian seorang murabbi, pembimbing, guru dan sosok tubuh yang saya anggap bagaikan seorang bapa yang banyak berperanan dalam membentuk pemikiran, mencanai idealisme perjuangan dan membina fikrah dan orientasi haraki dalam diri saya sejak tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa.

“Moga Allah rahmati, berkati roh dan mengampunkan segala dosa Almarhum Prof Datuk Dr Sidek Baba yang amat ku kasihi,” katanya menerusi aplikasi Facebooknya.

Semalam, Kosmo! melaporkan pemergian tokoh pendidikan itu disahkan oleh anaknya Izzudin di Facebook.

Allahyarham Sidek, 76, yang juga penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2009M merupakan rakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI