fbpx

Cuaca tidak menentu selama seminggu di Pantai Barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga 2 Disember depan.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, angin di rantau negara ini dijangka bertiup lemah dari pelbagai arah sehingga 28 November ini.

Katanya, keadaan ini berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang terutama di kawasan pedalaman pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang sehingga awal malam.

“Selain itu, mulai 29 November ini, angin kencang timuran dijangka mendominasi rantau negara dan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung serta utara dan timur Sabah pada sebelah pagi.

“Manakala pada sebelah petang hingga ke awal malam pula, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah,” jelasnya.

Rentetan itu, orang awam adalah dinasihatkan bagi sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI