fbpx

Cuaca buruk di Pantai Timur hingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Pantai Timur serta beberapa kawasan lain di Semenanjung termasuk Sarawak sehingga pukul 9 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Kelantan (Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai).

Selain itu, di Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) serta beberapa kawasan sekitar Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bera dan Rompin).

“Bagi negeri Johor pula, cuaca buruk diramal melanda Segamat, Kluang dan Mersing.

“Di Sarawak, ia tertumpu kawasan Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI