fbpx

49 orang dihukum mati kerana bakar lelaki hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan membantu memadamkan api di sebuah bukit di wilayah Kabylie pada 12 Ogos 2021. - AFP

ALGIERS, ALGERIA – Sebuah mahkamah tempatan menjatuhi hukuman mati terhadap  49 individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang dituduh memulakan kebakaran hutan di Algeria  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pada 2021, Algeria mengalami kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, dengan 90 orang terbunuh dalam beberapa kebakaran.

Djamel Ben Ismail dilaporkan dibunuh selepas dia pergi ke kawasan kebakaran untuk membantu memadamkan api.

Selepas kebakaran tercetus pada Ogos 2021, lelaki berusia 38 tahun itu menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa dia akan melakukan perjalanan sejauh 320 kilome­ter dari rumahnya bagi membantu penduduk memadamkan api di wilayah Kabylie, timur ibu kota Algeria, Algiers. 

Ia merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

Namun selepas tiba, penduduk tempatan menuduh Djamel yang mencetuskan  kebakaran hutan tersebut.

Pada 11 Ogos 2021, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa diserang sekumpulan penduduk. Mereka menyeksa dan membakar lelaki itu hidup-hidup.

Video itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan bapa mangsa, Noureddine Ben Ismail berkata, dia berasa amat sedih.

“Anak saya pergi ke Kabylie, wilayah yang amat disayangi­nya untuk membantu ‘saudara dan rakan-rakannya’. Namun, mereka membakar dia hidup-hidup,” katanya.

Selain 49 tertuduh, mahkamah  sama turut menjatuhi hukuman penjara  ke atas 28 individu lain berkaitan insiden tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI