fbpx

660 kes Covid-19, enam kluster lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 660 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada enam kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 16,880 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 658 kes adalah penularan tempatan manakala dua kes import dari India dan Nepal.

“Di Sabah, empat kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Semarak dengan 14 kes, Kluster Bina (14), Kluster Sabindo (14) dan Kluster Bestari (19).

“Dua kluster lain ialah Kluster Bah Kenangan di Selangor (18 kes) dan Kluster Penjara Jawi di Pulau Pinang (dua kes),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 163 kes kematian sehingga kini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI