fbpx

Dolla, Naim Daniel tak rakam lagu ‘syok sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIKA ramai penyanyi berlumba-lumba menghasilkan lagu berentak rancak, Naim dan Dolla mengambil risiko memilih nuansa balada mendayu-dayu dalam kolaborasi pertama mereka menerusi single berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat.

BARANGKALI memegang status judul lagu paling panjang di Malaysia, Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat merupakan debut kolaboratif Naim dan kumpulan vokal wanita Dolla.

Ternyata, Dolla dan Naim Daniel mencipta magis tersendiri biarpun ada yang mempertikaikan mengapa judul lagu mereka sangat panjang.

Kalau memang sudah itu intuisi penulis lagu, tidak menjadi masalah pun strategi tersebut dicernakan.

Lagu berkenaan bukanlah karya ‘syok sendiri’ hanya kerana judulnya panjang berjela. Apa yang penting adalah intipati, melodi yang ingin disampaikan dalam karya tersebut.

Buat penulis secara peribadi yang kadang-kadang gemarkan lagu bermesej kasmaran dan syahdu, Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat merupakan sebuah karya yang mudah berhubung.

Mudah mencairkan hati sekiranya si pendengar sedang patah hati atau terobek jiwa saat apa yang dihajati tidak terkabul.

LAGU Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat dilancarkan sejak September lalu.

Dinamik komposisi melodi

Dari segi dinamik komposisi melodi, lagu tersebut terkandung kualiti yang boleh dilambungkan pujian. Barangkali ada yang berpendapat bahawa melodi baladanya terlalu perlahan atau mendayu-dayu, namun buat penulis, judul lagunya sahaja sudah memberi jangkaan apa yang ingin dinaratifkan dalam keseluruhan lagu.

Dengar lagu ini, secara automatiknya jiwa menjadi rapuh dan itu adalah suatu elemen atau kualiti yang selayaknya ada tergantung nuansa genre lagu yang dirakam.

Untuk duet Naim dan Dolla kali ini, nuansanya kecewa atau sedih dan itulah yang diperdengar kepada audiens.

Paduan listrik vokal dan emosi antara Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya bersama Naim Daniel sememangnya satu percubaan yang berjaya.

Bunyi atau tone dan harmoni antara mereka cemerlang dihasilkan.

Tulisan lirik yang dihasilkan juga cukup kena dengan melodi mendayu-dayu, sekali gus memberi sinergi kepada dua elemen penting dalam pembuatan lagu tersebut.

Tidak setakat menarik perhatian dengan judul yang panjang, single duet Naim dan Dolla sebenarnya layak dipuji dari segi vokal dan kualiti penghasilan video muzik.

Muzik video ‘antarabangsa’

Sementara itu, beberapa perkara lain seperti muzik video yang terkandung aspek prop, visual, sinematografi dan bunyi juga meletakkan lagu berkenaan pada posisi tidak mustahil akan lolos ke anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) misalnya.

Dalam pada ramai penggiat muzik masa kini memilih lagu rancak yang trendy, Dolla dan Naim Daniel memutuskan untuk menghadiahkan peminat dengan lagu berentak perlahan.

Satu risiko kerana lagu berentak balada kurang ‘menyengat’ di halwa telinga pendengar.

Sungguh pun begitu, untuk lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, karya ini memiliki tempat istimewa di hati pendengar termasuk penulis.

Barangkali kerana lagu ini terkandung nilai estetikanya tersendiri. Untuk pihak yang bising judul lagu panjang, terpulanglah kerana sesebuah lagu milik mutlak si penulik lirik dan lagunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI