fbpx

‘Abang tinggalkan kami selama-lamanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safaruddin menunjukkan gambar arwah ketika ditemui di pekarangan Hospital Jempol semalam.

JEMPOL – Seorang adik tidak sangka abangnya yang baik dan pendiam maut dalam kemala­ngan tragis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Besar Palong 7,8 – Palong 4,5,6 malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9.35 malam itu, abangnya iaitu, penunggang motosikal, Sariffudin Rozali, 35, dan pembonceng, Azamatul Alia Ismail, 28, disahkan me­ninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Kata Safaruddin, 24, dia mendapat berita kemalangan itu da­ripada rakan kakaknya yang memaklumkan abangnya kemalangan de­ngan sebuah kereta.

“Ingatkan kemalangan biasa, rupanya apabila sampai di hospital hanya jasadnya yang ada, sedih sangat sebab dia abang yang baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Jempol di sini semalam.

Kereta Proton Saga remuk akibat berlanggar dengan motosikal.

Tambah Safaruddin, arwah abangnya seorang yang sa­ngat penyabar dengan adik-beradik dan tidak pernah lihat dia mengamuk atau marah-marah selain ba­nyak beralah.

“Tidak sangka dia pergi dulu, sedih sangat hendak bagi tahu ayah dan ibu. Ayah baru sihat sakit angin ahmar,” jelasnya.

Keadaan motosikal yang dinaiki Sariffudin dan Azamatul Alia selepas kemalangan di Jalan Palong Besar, Jempol malam kelmarin.

Sementara itu, kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, semasa kejadian, motosikal Yamaha RXZ milik mangsa bertembung de­ngan Proton Saga yang ketika itu cuba memotong sebuah kende­raan lain dari arah bertentangan.

“Ketika itu motosikal Yamaha itu dari arah bertentangan tidak tidak sempat mengelak kereta Proton Saga itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Chang Hook, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu Proton Saga hanya luka ringan pada lengan dan dihantar ke Hospital Jempol.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI