fbpx

Piala Dunia: Lewy akui Poland dalam tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI

AL RAYYAN – Penyerang sensasi Poland, Robert Lewandowski mengakui bahawa kekalahan mengejut Argentina kepada Arab Saudi menyebabkan pasukannya dalam tekanan terutama dalam misi untuk layak ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.

Argentina turun ke Piala Dunia Qatar sebagai salah satu pasukan pilihan kejohanan, namun juara dua kali itu gagal menyekat pasukan ranking ke-51 dunia, Arab Saudi pada aksi pembukaan Kumpulan C.

Lebih memeritkan, Poland juga gagal memanfaatkan peluang mereka untuk melakar kemenangan ke atas Mexico selepas terikat 0-0 sekali gus sekadar mengutip satu mata.

Kegagalan Poland juga berpunca daripada Lewandowski yang terlepas mencipta gol sulung di pentas Piala Dunia. Justeru, penyerang Barcelona itu dilihat mahu menebus kekecewaan tersebut meskipun sedar berdepan tugas berat ketika berdepan Arab Saudi.

“Sudah tentu saya terkejut dengan kekalahan Argentina. Ini adalah Piala Dunia, jadi anda perlu bersedia untuk menghadapi segala cabaran mendatang.

“Sekarang kami menantikan perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi dan bagi kami ia akan menjadi perlawanan yang sangat penting.

“Kami perlu menunjukkan segala-galanya apa yang kami ada dan kami tahu bahawa ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar terutama rekod Arab Saudi yang melakar kemenangan pertama mereka,” kata Lewandowski.

Arab Saudi dijangka menurunkan kese­belasan terbaiknya dan bertekad un­tuk menyekat Poland sekali gus mahu mengutip mata pada perlawanan tersebut bagi mencerahkan peluang mereka ke pusingan 16 terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI