fbpx

Timang anak sulung, Usop ‘gabra’ jadi ‘daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USOP bersyukur menerima kehadiran bayi sulungnya, Muhamad Saif Umar yang dilahirkan semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi Usop berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nur Fatihah selamat melahirkan bayi sulung mereka lewat malam tadi.

Perkongsian bahagia tersebut dimaklumkan sendiri Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, dengan memuat naik gambar isterinya mendukung bayi mereka yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya ringkas dalam perkongsian tersebut.

Dalam gambar tersebut, isterinya yang mesra disapa Teha memegang bayi lelaki mereka di atas katil hospital.

Perkongsian penyanyi lagu Selamanya itu menerima ratusan komen daripada rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulungnya.

Disebabkan menerima terlalu banyak komen dan kiriman mesej secara terus (direct message) dalam Instagram, Usop mengakui tidak menang tangan membalas doa peminat.

“Terima kasih yang mendoakan anak dan isteri Usop. Maaf tak dapat balas semua DM sebab terlampau banyak sangat.

“Biasalah, baru nak jadi ‘daddy’, gabra la ya,” tulisnya dalam perkongsian lain.

Sebelum ini sekitar Mac, Usop gembira berkongsi berita kehamilan isterinya selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga pada 3 Januari lalu.

Ketika itu, usia kandungan Teha baru berusia empat minggu dan dia mengakui terkejut kerana diberikan rezeki menimang cahaya mata dalam masa singkat.

Penyanyi kelahiran program Mentor itu pada masa sama mendedahkan, isterinya tidak mengalami sebarang alahan tetapi sebaliknya dia yang mengidam pelbagai makanan.

Untuk info, Usop berkahwin dengan Teha di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI