PUTRAJAYA- Kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mewujudkan saiz Kabinet lebih kecil selain mengusulkan untuk mengurangkan gaji anggota di dalam kepimpinan baharu kerajaan itu.
Perdana Menteri berkata, pihaknya mengusulkan supaya gaji anggota Kabinet kerajaan perpaduan itu dikurangkan kelak susulan perkembangan situasi ekonomi ketika ini.
“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.
“Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya ringkas pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi. – KOSMO! ONLINE